KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu kumpulan penjenayah yang bergerak aktif sejak 2009 dengan menembak mati seorang lelaki dan menahan lapan suspek yang lain, dalam beberapa operasi di Lembah Klang, pada Sabtu lepas hingga awal pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata suspek ditembak mati merupakan lelaki tempatan berusia 40 tahun, yang melepaskan tembakan terlebih dahulu ketika pasukan polis menyerbu tempat persembunyiannya di sebuah kondominium di Salak Selatan di sini, pada 10 malam Sabtu.
Beliau berkata pemeriksaan terhadap mayat suspek membawa kepada penemuan sepucuk pistol jenis CZ 75 Compact berwarna hitam, mengandungi lima butir peluru hidup.
"Polis turut menemui sebutir bom tangan dalam beg silang si mati, yang dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di Tasik Sri Permaiasuri Cheras pada 2021 melibatkan kerugian berjumlah RM693,000," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Azmi berkata susulan serbuan itu, polis melancarkan Op Tiger bagi mengesan saki-baki rakan si mati dan berjaya menahan lapan suspek termasuk seorang wanita, semuanya warga tempatan.
Beliau berkata polis turut merampas sepucuk lagi pistol jenis sama, di sebuah gudang di Klang Utara dekat sini dalam serbuan kira-kira 6 pagi tadi.
"Berdasarkan siasatan awal polis, kumpulan ini dipercayai terlibat dalam 15 kes samun, tiga kes bunuh dan pelbagai kes melibatkan dadah, pecah rumah dan kenderaan," katanya.
Menurutnya, kesemua suspek yang ditahan berusia 28 sehingga 67 tahun, merupakan individu berbahaya dengan seorang suspek mempunyai sehingga 40 rekod jenayah lampau.
Beliau berkata pihaknya kini sedang giat mengesan saki-baki anggota kumpulan berkenaan dan percaya beberapa tangkapan lagi akan dibuat dalam masa terdekat.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kumpulan ini dimohon menyalurkannya di mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 20 2022
Azmi (dua, kiri) ketika sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
Dana asing pacu Bursa Malaysia kepada aliran masuk bersih susulan pertumbuhan kukuh KDNK - MIDF Research
Dana asing yang merekodkan aliran keluar sehingga kini bertukar kepada aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 juta.
Serangan balai polis: 7 termasuk 5 ahli keluarga suspek masih disiasat
Tujuh individu masih direman dan disiasat berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota.
Eksport Malaysia rekod peningkatan ketara pada April 2024 - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus.
Ideologi Guardiola bentuk Man City muncul kelab terbaik England
Dominasi Manchester City dalam saingan domestik seakan terlalu sukar digugat apabila menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali keempat berturut-turut.
Perintah larangan: Che'gu Bard akan rayu keputusan mahkamah
Che'gu Bard, 45, akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru, yang mengeluarkan perintah larangan bersuara berhubung kes kasino Forest City, Iskandar Puteri.
ME 20/2024 peningkatan kes sebanyak 14.8%
Di Malaysia, pada ME 20/2024 iaitu pada12 Mei hingga 18 Mei 2024 sebanyak 1,230 kes COVID-19 dilaporkan, ia merupakan peningkatan sebanyak 14.8% berbanding ME 19/2024.
Suka kongsi hal peribadi di media sosial, mungkin alami FOMO
Mereka yang terlalu berkongsi hal-hal bersifat peribadi tentang kehidupan di media sosial mungkin mengalami sindrom FOMO (fear of missing out) atau 'ketakutan kehilangan' sesuatu peristiwa, perkembangan semasa dan masa kini di media sosial.
Menurut anggota Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor, sindrom tersebut berpotensi memberi gangguan kepada emosi pengguna media sosial sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
Menurut anggota Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor, sindrom tersebut berpotensi memberi gangguan kepada emosi pengguna media sosial sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter Presiden Iran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berjalan jauh, tidak dibenar duduk cabaran unit peronda TH
Berjalan kaki sehingga lapan kilometer sehari dan sebahagian besar masa dihabiskan dalam cuaca panas melebihi 40 darjah celsius sudah menjadi rutin kepada anggota Unit Pasukan Peronda Tabung Haji (TH) setiap kali musim haji tiba.
Helikopter Presiden Iran terhempas, apa selepas ini?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff mengulas berkenaan impak politik terhadap Iran susulan nahas helikopter yang meragut nyawa Ebrahim Raisi.
Polis tembak mati lima penjenayah di Putra Heights
Kesemua suspek bertindak melarikan diri dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis serta merempuh bahagian belakang kenderaan polis.
Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing
Tiga penjenayah warga asing digelar Geng Centro ditembak mati di Kilometer 17 Jalan Pekan-Kuantan pada tengah malam Isnin.
Lelaki tembak mati 12 ahli keluarga di Iran
Seorang lelaki menembak mati 12 ahli keluarganya termasuk bapa, abang dan beberapa kanak-kanak di sebuah bandar kecil di tenggara Iran.
Polis tembak mati lelaki bawa busur silang, pedang
Polis Britain menembak mati seorang lelaki yang memakai perisai badan dan membawa busur silang, pisau, pedang serta kapak dalam satu kejadian di tenggara London, lapor Sputnik.
Pemandu rempuh bangunan Konsulat China maut ditembak
Seorang pemandu kereta mati ditembak polis di bandar San Francisco, California Amerika Syarikat (AS) selepas kereta yang dipandunya merempuh bangunan konsulat China.
Israel bunuh enam pemuda Palestin termasuk remaja 13 tahun
Tentera rejim Zionis menembak mati enam pemuda Palestin termasuk seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Tebing Barat.
9 ahli keluarga ditembak mati ekoran perbalahan perkahwinan di Pakistan
Sekurang-kurangnya sembilan ahli keluarga terbunuh dalam serangan bersenjata di barat laut Pakistan, kata seorang pegawai.
Remaja 13 tahun tembak mati lapan kanak-kanak, pengawal keselamatan sekolah
Suspek didakwa telah menggunakan senjata ayahnya dalam insiden yang turut menyebabkan beberapa lagi mangsa cedera.
Pertuduhan membunuh petugas set pada 2021 ke atas Baldwin dikurangkan
Pendakwa raya telah mengurangkan pertuduhan terhadap pelakon dan penerbit Amerika Alec Baldwin berkaitan kematian seorang petugas set filem 'Rust" pada 2021.
Polis Israel tembak mati rakyat Palestin di Baitulmaqdis
Seorang lelaki Palestin mati ditembak oleh polis Israel di bandar Kafr Aqab di utara Baitulmaqdis, pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.